Saturday, June 12, 2010

JENIS-JENIS BUAH EPAL.

Nama buah epalTarikh Pematangan
Tarikh merupakan anggaran dan berbeza mengikut cuaca lokasi dan lain-lain.
Untuk dimakanUntuk masakanUntuk dibuat sosUntuk pai epalUntuk jus epalUntuk mentega epalSimpanan
Gala appleGalaPertengahan bulan Ogos sehingga awal SeptemberXXTERBAIKXXXMesti didinginkan
LodiPertengahan bulan JulaiX BAIK Mesti didinginkan
Mollies_delicious appleMollies Delicious
Ogos
X Mesti didinginkan
Jersey Mac apple Jersey MacOgosXX
OK
Earligold apple Earligold
OgosXX X X Mesti didinginkan
AkaneOgos X
Pau;a Red applePaulaRedPertengahan bulan Ogos sehingga awal SeptemberXXXX X
McIntoshSeptemberX BAIK XX
Ginger Gold September
HoneycrispSeptemberXX BAIK, tetapi berairXTERBAIKX
Jonathon_appleJonathanPertengahan hingga akhir bulan SeptemberXXSANGAT BAGUSXXX
golden_delicious_appleGolden DeliciousPertengahan hingga akhir bulan SeptemberXXSANGAT BAGUSXXXHarus didinginkan
Ultra GoldPertengahan hingga akhir bulan September
XXXXXX
cortland_appleCortlandPertengahan hingga akhir bulan September
X XXXX
JonacliciousPertengahan hingga akhir bulan SeptemberXXSANGAT BAGUSXXX Mesti didinginkan
red_delicious_appleRed DeliciousPertengahan hingga akhir bulan September
X BAIK X
Jonagold_appleJonagoldPertengahan hingga akhir bulan September
X SANGAT BAGUS X
JubileeAkhir bulan September hingga awal Oktober
XXXX
Mutsu, also called Crispin Akhir bulan September hingga awal OktoberXXXX
KeepsakeAkhir bulan September hingga awal Oktober
XX X
ShizukaAkhir bulan September hingga awal Oktober
XXXXXX
Braeburn Awal hingga pertengahan bulan OktoberXXXX
RomeAwal hingga pertengahan bulan Oktober X X
SundanceAwal hingga pertengahan bulan OktoberXX XX
Blushing GoldAwal hingga pertengahan bulan OktoberXX XXX
stayman_apple Stayman
EnterpriseAwal hingga pertengahan bulan OktoberXX
melrose_appleMelroseAwal hingga pertengahan bulan OktoberXXSANGAT BAGUSXXX

Stayman Winesap

Pertengahan hingga akhir bulan Oktober

XXBAIK X
grannysmith_appleGranny SmithPertengahan hingga akhir bulan OktoberXX X
Pink LadyPertengahan hingga akhir bulan OktoberXXBAIKXXX
SuncrispPertengahan hingga akhir bulan OktoberXX XXX
fuji_appleFujiPertengahan hingga akhir bulan OktoberXXTERBAIKX
Black Twig apple Black Twig Pertengahan hingga akhir bulan OktoberXXXXXX
Arkansas BlackPertengahan hingga akhir bulan Oktober untuk dibakarterlalu keras

Friday, April 30, 2010

KELEBIHAN BUAH EPAL HIJAU, KUNING DAN MERAH.



EPAL HIJAU: Untuk pembinaan tulang-tulang dan gigi yang kuat.
Membantu memperkayakan penglihatan mata.
Mempunyai khasiat serta nutrien anti-kanser.
mbersihkan gigi dan menguatkan gusi.
2 epal hijau sehari mampu mengurangkan tahap kolesterol sehingga sebanyak 10%.
Memiliki kandungan khasiat yang dapat mendetoksifikasi tubuh.
Mencegah sembelit kerana membantu proses pencernaan.
Sumber vitamin C, potassium dan asid folat.
Jenis-jenis epal hijau: Granny Smith, Cortland Apples, Empire Apples, dan lain-lain.

EPAL KUNING: Untuk menguatkan sistem imunisasi
Untuk memperkayakan daya penglihatan.
Mengurangkan risiko kanser.
Baik untuk jantung.
Jenis-jenis epal kuning: Braeburn, Golden Delicious Apples, Ginger Gold, Lady, Honey Crisp, Jona Gold, Gala dan lain-lain.

EPAL MERAH: Untuk memperkuatkan daya ingatan dan fungsi memori.
Baik untuk jantung.
Baik untuk saluran kencing.
Risiko yang lebih rendah kepada kanser.
Jenis-jenis epal merah: Jonathan, Red Delicious Apples, Mc Intosh, Rome Beauty, Graven Stein, Wine Sap, Cameo dan lain-lain.

Saturday, April 24, 2010

DIET EPAL 1-2-3

EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.

Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008)

Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakanan dan senaman yang seimbang.

Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar

Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.

Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan

Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.

Contohnya:

Ø Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.

Ø Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.

Ø Makan malam: salad salmon salai.

Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.

Mengapa Washington Apple pilihan terbaik buat anda?

  • Pokok-pokok disuburi air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama Washington Apples begitu berkhasiat adalah kerana 80% jisim epal mengandungi air.
  • Pokok tumbuh di tanih lahar subur.
  • Pokok dibelai di persekitaran kering yangmenghindarkan serangga dan penyakit.

Sumber:

MISTERI warna makanan semulajadi.


Warna semulajadi pada makanan bukan sahaja cantik dipandang dan menyelerakan namun setiap warna mempunyai khasiat-khasiatnya yang tertentu. Apakah khasiat yang terkandung dalam makanan-makanan yang kaya dengan warna semula jadi ini

Ungu dan Biru Kehitaman

Contoh : Anggur, blueberries, kismis, prun, plum, ceri dan terung.
Kebaikan : Tinggi kandungan antioksida membantu meningkatkan nutrien dalam bandan.
Cara Menikmati : nikmati blueberries dan anggur bersama hidangan aiskrim.


Merah

Contoh : Anggur merah, raspberries, cranberries, tomato, epal merah, bawang merah dan tembikai.
Kebaikan : Berkesan dalam melancarkan sistem pembuangan air kecil dan melambatkan proses penuaan kulit.
Cara Menikmati : masukkan tomato kecil atau anggur kedalam hidangan salada anda atau minum jus cranberries memberi efek kulit muda remaja.

Oren dan Kuning

Contoh : Aprikot, Lobak Merah, Ubi kentang, mangga, Oren, labu, lemon dan jagung.
Kebaikan : Kaya dengan beta carotene, kandungan antioksida yang tinggi pencegah kanser dan penyakit jantung selain merupakan pembekal vitamin C utama yang membantu melicin serta melembapkan kulit.
Cara Menikmati : Campurkan aprikot kering kedalam bijirin sarapan pagi anda, juga kebiasaannya menikmati jus buah-buahan berkhasiat ini.

Hijau

Contoh : Kacang Peas, kiwi, kacang panjang, asparagys, avokado, saderi dan bayam.
Kebaikan : Kaya vitamin C, mineral dan nutrien. sayuran hijau membantu dalam menguatkan imunisasi badan serta kesihatan mata dan kulit.
Cara Menikmati : Masukkan asparagus dalam hidangan piza atau campirkan kiwi dalam sajian bijirin ketika sarapan pagi.

CARA MEMILIH BUAH EPAL YANG BAGUS DAN SEGAR..

Epal:
Ketuk buahnya dengan jari tangan, jika bunyinya nyaring maka epal tersebut renyah dan banyak airnya. Jika bunyinya berat, maka epal itu sudah tidak ranggup lagi atau airnya kering. Tekan buah epal, jika buah tersebut tidak keras lagi bererti buah tersebut tidak renyah lagi. Tentu nanti hasilnya akan mengecewakan jika dimakan. Epal yang baik adalah yang kulitnya halus, saat dipegang masih terasa keras dan baunya harum.

Tuesday, March 30, 2010

KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM SEBIJI EPAL.



PIGMEN merah yang terdapat pada buah epal adalah antioksida semula jadi.





MUNGKIN ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.

Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau, kuning dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.

Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.

Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.

"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.

"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.

Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.

Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.

"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksiribonukleik (DNA).

"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.

Bagaimanapun, nasihat Yen Sing, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Katanya, untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.

Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.

"Amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses," kata Yen Sing.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati buah epal, Suruhanjaya Epal Washington (WAC) telah menganjurkan siri program pendidikan dan promosi kepada orang ramai bermula bulan Mei ini.

Untuk memberikan ganjaran hebat kepada para penggemar epal, program pertukaran epal Washington akan diadakan di semua gedung terbesar Giant, Cold Storage dan Jusco di seluruh Malaysia.

Di gedung-gedung itu, dengan setiap pembelian minimum epal Washington, para pembeli akan menerima cenderamata menarik seperti cawan dan rantai kunci daripada pihak WAC. Tawaran ini sah selagi stok masih ada.

"Bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa kekal sihat, WAC memberikan epal percuma kepada kakitangan di salah sebuah pusat kecergasan utama, True Fitness, di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor dan kepada 55 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Hope, Petaling Jaya," jelas wakil pasaran WAC, Eddie Saw.