Saturday, April 24, 2010

MISTERI warna makanan semulajadi.


Warna semulajadi pada makanan bukan sahaja cantik dipandang dan menyelerakan namun setiap warna mempunyai khasiat-khasiatnya yang tertentu. Apakah khasiat yang terkandung dalam makanan-makanan yang kaya dengan warna semula jadi ini

Ungu dan Biru Kehitaman

Contoh : Anggur, blueberries, kismis, prun, plum, ceri dan terung.
Kebaikan : Tinggi kandungan antioksida membantu meningkatkan nutrien dalam bandan.
Cara Menikmati : nikmati blueberries dan anggur bersama hidangan aiskrim.


Merah

Contoh : Anggur merah, raspberries, cranberries, tomato, epal merah, bawang merah dan tembikai.
Kebaikan : Berkesan dalam melancarkan sistem pembuangan air kecil dan melambatkan proses penuaan kulit.
Cara Menikmati : masukkan tomato kecil atau anggur kedalam hidangan salada anda atau minum jus cranberries memberi efek kulit muda remaja.

Oren dan Kuning

Contoh : Aprikot, Lobak Merah, Ubi kentang, mangga, Oren, labu, lemon dan jagung.
Kebaikan : Kaya dengan beta carotene, kandungan antioksida yang tinggi pencegah kanser dan penyakit jantung selain merupakan pembekal vitamin C utama yang membantu melicin serta melembapkan kulit.
Cara Menikmati : Campurkan aprikot kering kedalam bijirin sarapan pagi anda, juga kebiasaannya menikmati jus buah-buahan berkhasiat ini.

Hijau

Contoh : Kacang Peas, kiwi, kacang panjang, asparagys, avokado, saderi dan bayam.
Kebaikan : Kaya vitamin C, mineral dan nutrien. sayuran hijau membantu dalam menguatkan imunisasi badan serta kesihatan mata dan kulit.
Cara Menikmati : Masukkan asparagus dalam hidangan piza atau campirkan kiwi dalam sajian bijirin ketika sarapan pagi.

1 comment:

  1. ada satu petikan ayat dari sebuah puisi sari Timur Tengah berbunyi "epal datangnya dari syurga".

    ReplyDelete