Friday, April 30, 2010
KELEBIHAN BUAH EPAL HIJAU, KUNING DAN MERAH.
Saturday, April 24, 2010
DIET EPAL 1-2-3
| EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.
Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008) Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakanan dan senaman yang seimbang.
Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.
Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.
Contohnya:
Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.
Mengapa Washington Apple pilihan terbaik buat anda?
Sumber:
|
MISTERI warna makanan semulajadi.
Warna semulajadi pada makanan bukan sahaja cantik dipandang dan menyelerakan namun setiap warna mempunyai khasiat-khasiatnya yang tertentu. Apakah khasiat yang terkandung dalam makanan-makanan yang kaya dengan warna semula jadi ini
Ungu dan Biru Kehitaman
Contoh : Anggur, blueberries, kismis, prun, plum, ceri dan terung.
Kebaikan : Tinggi kandungan antioksida membantu meningkatkan nutrien dalam bandan.
Cara Menikmati : nikmati blueberries dan anggur bersama hidangan aiskrim.
Merah
Contoh : Anggur merah, raspberries, cranberries, tomato, epal merah, bawang merah dan tembikai.
Kebaikan : Berkesan dalam melancarkan sistem pembuangan air kecil dan melambatkan proses penuaan kulit.
Cara Menikmati : masukkan tomato kecil atau anggur kedalam hidangan salada anda atau minum jus cranberries memberi efek kulit muda remaja.
Oren dan Kuning
Contoh : Aprikot, Lobak Merah, Ubi kentang, mangga, Oren, labu, lemon dan jagung.
Kebaikan : Kaya dengan beta carotene, kandungan antioksida yang tinggi pencegah kanser dan penyakit jantung selain merupakan pembekal vitamin C utama yang membantu melicin serta melembapkan kulit.
Cara Menikmati : Campurkan aprikot kering kedalam bijirin sarapan pagi anda, juga kebiasaannya menikmati jus buah-buahan berkhasiat ini.
Hijau
Contoh : Kacang Peas, kiwi, kacang panjang, asparagys, avokado, saderi dan bayam.
Kebaikan : Kaya vitamin C, mineral dan nutrien. sayuran hijau membantu dalam menguatkan imunisasi badan serta kesihatan mata dan kulit.
Cara Menikmati : Masukkan asparagus dalam hidangan piza atau campirkan kiwi dalam sajian bijirin ketika sarapan pagi.
CARA MEMILIH BUAH EPAL YANG BAGUS DAN SEGAR..
Ketuk buahnya dengan jari tangan, jika bunyinya nyaring maka epal tersebut renyah dan banyak airnya. Jika bunyinya berat, maka epal itu sudah tidak ranggup lagi atau airnya kering. Tekan buah epal, jika buah tersebut tidak keras lagi bererti buah tersebut tidak renyah lagi. Tentu nanti hasilnya akan mengecewakan jika dimakan. Epal yang baik adalah yang kulitnya halus, saat dipegang masih terasa keras dan baunya harum.